Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR) merupakan jurnal berwasit yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu Penyelidikan Sains Sosial serta bidang-bidang berkaitan.
Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang Penyelidikan Sains Sosial. JOSSR ini dapat menjadi platform kepada ahli akademik untuk menerbitkan artikel-artikel berbentuk penyelidikan dan juga konseptual di laman web JOSSR ini. Dengan cara ini, banyak artikel ilmiah yang berkaitan dengan Penyelidikan Sains Sosial dapat diterbitkan secara atas talian sebagai sumber rujukan.
JOSSR diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan kekerapan empat kali setahun, iaitu pada bulan Disember, Mac, Jun dan September. Ia dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.
APC
Caj Pemprosesan Artikel (APC)
Caj Pemprosesan Artikel (APC) dikenakan kepada pengarang artikel ilmiah semasa proses penerbitan. Pengarang perlu membuat bayaran Caj Pemprosesan Artikel (APC) sekali sebanyak RM100 untuk menampung kos pentadbiran semakan peer-review dan pengurusan serta pengeluaran artikel secara profesional.